RSS

SEORANG PEROMPAK MENJADI AHLI SUFI

08 May

Seperti biasanya mengkongsikan kisah-kisah teladan untuk menjadi renungan dan iktibar kepada kita semua, ya mudah-mudahan perjalanan hidup kita akan sentiasa terarah menuju kebaikan..Amin ya rabbal’alamin..
Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Luqman Al-Hakim menceritakan pada zaman dahulu ada seorang Islam bernama Fadzil bin Ayyas. Sebelum dia menjadi seorang ahli Sufi, dia mempunyai latar belakang yang menarik. Sebelym dia menjadi ta’at dan bertaqwa kepada Allah, Fadzil adalah ketua sekumpulan perompak, walaupun dia melakukan kerja-kerja seperti merompak harta orang lain, namun dia tidak lupa mengerjakan sembahyang fardhu setiap hari. Dia juga tidak meninggalkan ibadat puasa pada bulan Ramadhan. Dia juga berpakaian sedarhana seperti rakyat biasa.
Pada suatu hari, kempulan nya telah menyerang sekumpulan Khafilah yang baru pulang dari beedagang. Fadzil tidak menyertai dalam serangan itu, sebaliknya dia memerhatikan dari jauh sahaja. Tatkala Khafilah itu ternampak sekempulan perompak menyerang ke arah mereka, lantas ketuanya Fadzil yang tidak berapa jauh dari situ. Ketua Khafilah iru menyangka bahawa Fadzil adalah seorang yang baik, kerana air muka serta pakaiannya tidak mengkhabarkan dia seorang yang jahat.
Apabila teman-teman Khafilah yang lain telah di tawan oleh perompak tadi, ketua Khafilah itu berkata kepada Fadzil, Tuan, tolonglah simpankan seluruh wang dan harta benda ini, kami sedang di rompak oleh orang-orang yang jahat. Bila mereka itu sudah pergi dari sini barulah kami akan mengambil semula barang-barang ini. Begitulah kata Khafilah ini kepada Fadzil yang di sangkanya seorang yang baik.
Setelah rakan-rakan perompaknya habis merompak, mereka pyn pergi mendapatkan Fadzil yang berada tidak jauh dari situ. Pada masa itu, ketua Khafilah tersebut sedang berada di samping Fadzil, sebaik sahaja perompak itu datang menghampiri Fadzil, ketua Khafilah itu amat terkejut, kerana dia tidak menduga bahawa orang yang di percayai menjaga hartanya adalah ketua perompak. Dalam keadaan kebingunan campur takut, Fadzil memandang ke arah muka Khafilah itu dengan lembut, Fadzil berkata kepadanya, jangan takut tuan oleh jerana tuan berbaik sangka terhadap saya, maka saya tidak tergemak hendak mengambil barang-barang tuan. Tiba-tiba datang seorang tua yang tidak di kethui darimana asalnya dan kemana tujuanny, lalu di situ dengan menaiki se ekor unta sambil berjalan melintasi Fadzil dan ketua Khafilah itu. Dia membaca sepotong ayat suci dari kitab Al-qur’an yang bermaksud, orang yang berbuat jahat masa lagi mempynyai peluang untuk bertaubat dari segala dosa-dosanya itu. Sebaik sahaja Fadzil mendengar ayat tersebut, dia se olah-olah di serah petunjuk ilahi hingga dia menjadi termenung seketika.
Jiwanya benar-benar telah di resap oleh keinsafan,untuk kembali ke jalan Allah, jalan mulia yang di gariskan olwh Nabi Muhammad SAW. Dengan serta merta dia memanggil rakan-rakannya yang lain, Wahai kawan-kawan ku sekelian, kerhuilah orang-orang dari kamu, bahawa mulai hari ini, aky tidak akan melakukan kerja-kerja mungkar lagi keji oleh Allah SAW. Sesungguhnya aku ingin bertaubat ke hadrat Allah dan berdo’a agar Allag mengampyni segala dosa-dosa ku yang lalu. Fadzil cuba memujuk kawan-kawan nya agar menuruti nya yang bersih. Malangnys mereka enggan mengikutinya, bagaimana pun pengikut-pengikut yang lain terus pergi dari situ meninggalkannya bersama Khafilah. Mereka tidak mengambil segala harta rwmpasan Khafilah itu kerana takutkan ketua mereka yang telah bertaubat. Maka Fadzil pyn meminta ma’af dari Khafilah-khafilah tadi tetapu ada seorang Yahudi yang tidak mahu memaafkan Fadzil. Sebaliknya di suruh melakukan dua perkara.
Pertama Fadzil hendaklah mengagihkan sebuah bukit pasir ke suatu tempat. Fadzil sedia menerima permintaannya. Dengan penuh keyakinab Fadzil menghadap dirinya ke bukit tersebut. Tiba-tiba sahaja angin berriup dengan kencang dab memundhkan bukir yang di maksudkan iru ke suatu tempat yang lain yanf tidak jauh dari siru. Setelah daripada krjadian itu, orang Yahudi tersebut memasukkan tanah luat kedalam sebuah guni besar laly dia menyuruh Fadzil mengulang kan nya semula kepada beliau. Tetapi dengan syarat, guni tersebut hendaklah penuh dengan emas. Fadzil tetap bersetuju dan dia sanggup melakukannya
Ke esokkannya Fdzil memulangkan nya guni itu pada orang Yahudi tersebut. Alangkah terkejut nya Yahudi apabila di bukanya guni dienuhi dengan emas yang berkemarlapan. Melihat hal kejadian itu, orang Yahudi tadi lantas sujud di kaki Fadzil. Seeaya berkata, sekarang tidak syaj lagi bahawa engkau benar-benar bertaubat, aku telah membaca du dalam kitab Taurat di mana seorang itu benar-benar bertaubat tiap atas segala kesalahannya. Benar atau tidak taubat nya itu dan perihal dua perkara, pertama dia dapat memerintahkan akan gunung ganang bergerak. Kedua, dia boleh menukarkan tanah liat kepada emas. Oleh sebab itu aku menyuruh engkau melakukan dua perkara itu untuk menguji engkau dan taubat mu itu demi tahu lah aku bahawa engkau sesungguhnya adalah seorang yang baik dn mulia.
Marilah kita sama-sama menuju ke jalan Allah, ya mudah-mudahan kita selamat di dunia dan juga di akhirat.Amin….

Pada suatu hari kumpulannya telah menyerang sekumpulan Khafilah yang baru pulang dari berdagang. Fadzil tidak menyertai dalam serangan itu, sebaliknya dia memerhatikan dari jauh sahaja. Tatkala Khafilah itu ternampak sekumpulan perompak menyerang ke arah mereka, lantas ketuanya Fadzil yang tidak berapa jauh dari situ. Ketua Khafilah

 
Leave a comment

Posted by on May 8, 2011 in Kisah-kisah teladan

 

Tags: , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: