RSS

KISAH TAUBATNYA SEKUMPULAN PEROMPAK

15 May

hidayahUntuk menjadi renungan pengajaran iktibar dan tauladan kepada kita semua, semoga dengannta akan menumbulkan ke insafan dan kesadaran dalam diri kita iaitu kekuasaa, kebesaran dan keagungn Allah SWT.
Pada suatu hari sekumpuln perompak sedang mara ke sebuah gunung pasir untuk menjalankan kegiatan harian mereka untuk memeras ugut setiap orang yang lalu di jalan itu dan mengambil barang-barang nya. Kerana seronoknta merompak dan mencuri, mereka tidak sempat balik ke merkas sehingga malam. Mereka pun mencari tempat bermalam dan berjympa dengan sebuah rumah yang di huni oleh sepasang suami isteri dan anaknya.
Mereka pun mengeruk pintu rumah itu, penghuni rumah keluar dan ternyata sekumpulan orang bersenjata lengkap berdiri di hadapan puntu mereka. Siapa kelian ini tanya tuan rumah, ketua perompak menerangkan bahawa mereka adalah sebahagian dari pasukkan tentra yang sedang berpeeang. Oleh kerana waktu telah malam, perang di gentikan dan mereka terpaksa mencari tempat untuk bermalam. Bolehkah kami ini bermalam di rumah tuan, kata ketua perompak, boleh kata tuan rumah. Lalu mereka di jemput masuk. atuan rumah sangat gembira menerima tetamu para pejyang itu, dia melayan mereka dengan sebaik-baiknya kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah dan mendapatkan berkat para pejuang yang berperang di jalan Allah.
Kebetulan tuan rumah mempunyai seorang anak yang lumpuh. Walaupun usianya sudah bertahun-tahun namun anak itu tidak dapat berdiri. Kalau berjalan hanya mengheret atau sambil duduk sahaja. Teringatlah tuan rumah bahawa orang yang berperang di jalan Allah do’anya makbul dan sisa-sisa barang yang di pergunakannya mempunyai khasiat tinggi dengan izin Allah. Mereka dengan keyakinan dan itikad yang baik dan tulus ikhlas kerana Allah. Tuan rumah mengambil sedikit sisa-sisa air yang di pergunakan oleh tetamu nya itu, dua beekata kepada isterinya, sila lapkan air ini pada anggota anak tubuh kita, mudah-mudahan Allah menyembuhkannya dengan berkat pejuang itu. Si isteri mengikyt apa yang diperintahkan oleh suaminya, dia pun melap badan dan kaki anaknya dengan air dan sisa itu. Sambil berdo’a kepada Allah semoga anaknya dapat berjalan berkat pahlawan yang sedang berperang yang jadi tetamunya.
Pada pagi hari, para tetamu itu minta izin untuk meneruskan pperjuangannya, mereka pun pergi ke suatu tempat yang telah di tentukan.Di sana lah mereka beraksi merompak dan merampas setiap barang berharga yang di jumpainya. Maka banyaklah harta yang di perolehi nya apabila hari telah petang dan sekejap lagi malam pun tiba. Para perompak itu balik semula ke rumah tuan yang di tumpangi nya. Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah yang mereka tumpang itu, mereka ternampak anak tuan rumah yang lumpuh itu tiba-tiba tegak berdiri dan berjalan seperti tidak pernah sakit sama sekali. Mereka sangat hairan kerana pagi tdi anak itu masih berjalan menggeret tubuhnya dan setelah petang keadaan berubah serta merta. Tuan, apakah ini anak yang lympuh itu tanya si perompak? Tuan rumaah menjawab, ya betul. Bukankah pagi tadi kami nampak dia berjalan dan mengheret tubuhnya, tanya nya lagi. Tuan rumah menjawab, ya memang betul. Kemudian tuan rumah menerangkan, kami mengambil sisa-sisa air yang di pakai oleh tuan sekelian. kemudian kami lapkan kepadanya dengan harapan semoga Allah menyembuhkannya,dengan berkat tuan-tuan sekelian sebagai tentra yang berjuang di jalan Allah dan ternyata mujarab. Mendengar keterangan itu, tiba-tiba para perompak itu menangis dan mencampakkan barang-barang yang ada di tangan mereka, kemudian dengan terus terang mereka berkata, kethuilah wahai tuan yang baik hati, sebenarnya kami bukanlah tentra yang berjuang menuju di jalan Allah. Sebagaimana yang kami dakwa’an itu bahkan kami adalah sekumpulan pencuri dan perompak, perampas barang-barang orang yang lalu lalang. Adapun kesembuhan anak mu itu tak lain hanyalah semata-mata kerana keyakinan dan itikad mu ya

Tuan rumah bersama isterinya sangar terkejut mendengar pengakuan para tetamu yang dihirmatinya itu. Walau bagaimana pun kedua-duanya sangat gembira kerana anaknya telah disembuhkan oleh Allah kerana keikhlasan dan keyakinannya dalam memberikan ubat pada anaknya. Para perompak terus menangis dan sangat terharu terhadap keikhlasan tuan rumah yang melayani mereka.
Kini mereka sedar akan kelakuan yang menyimpang selama ini, kemudian mereka berkata, sekarang kami telah sedar dan kami bertaubat kepada Allah SWT. Sejak peristewa itu para perompak bersenjata itu telah merubah corak kehidupan mereka dapat merompak dan mengugut para perjuangan di jalan Allah. Mereka bergabungan dengan pasukkan islam menentang musuh senjata yang dulunya digunakannya untuk mengancam mangsa yang tidak berdosa kini digunakannya untuk menyerang orang kafir.
Begitulah kehidupan mereka hingga menemui ajal di medan perjuangn. Begitulah sebuah kisah sejarah islam mengenai Kisah Taubatnya Sekumpulan Perompak.yang tulus ikhlas kepada Allah.

 
Leave a comment

Posted by on May 15, 2011 in Kisah-kisah teladan

 

Tags: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: