RSS

KISAH SALMAH BIN AL-AQWA MENANTANG PENGANAS

29 Jun

image

Pada suatu ketika sewaktu unta-unta Nabi SAW dibawa ke Gabah iaitu sebuah perkampungan kecil terletak 4 atau 5 batu dari Madinah untuk diberi makan. Rahman Fazari dengan bantuan beberapa orang lain yang tidak beriman kepada Islam telah menyerang dan membunuh penjaga unta-unta tersebut. Dan unta-unta itu dibawa pergi bersama-sama mereka. Salmah bin Aqwa R.A secara kebatulan sedang berjalan berhampiran tempat kejadian itu dengan busar dan panahnya.
Beliau melihat pengganas semuanya menunggang kuda dan bersenjata. Salmah adalah seorang budak yang sangat pantas berlari dan seorang pemanah yang handal.
Adalah di riwayatkannya bahawa beliau dapat mengalahkan kuda yang paling pantas sekali dalam satu perlumbaan. Sebaik sahaja beliau melihat para penganas itu, beliau segera berlari menaiki sebuah bukit yang berhampiran lalu berteriak ke arah kota Madinah untuk memberi isyarat kecemasan kepada penduduk di situ. Kemudian beliau mengajar para penganas itu seorang diri. Apabila menghampiri mereka, beliau pun memanah mereka satu demi satu berturut-berturut dengan pantasnya sehingga para pengganas itu menyangka bahawa mereka dikejar oleh sebilangan musuh yang ramai.
Sekiranya salah seorang dari pengganas itu menoleh ke belakang, Salmah akan segera lari bersembunyi di sebalik pokok sambil terus memanah ke arah kuda-kuda prngganas itu agar melakukanya. Lantaran itu para pengganas itu terus berundur dan memacu kuda masing-masing selaju yang boleh.
Salmah R.A berkata, aku terus mengejar pengganas-pengganas itu sehinga semua unta-unta yang di rampas itu di tinggalkan mereka di belakang ku. Di samping itu disebabkan rasa takut yang amat sangat, mereka telah meninggalkan 30 lebih lembing dan 30 helai kepunyaan mereka sendiri. Semantara itu Aimiyah bin Hish, seorang pengganas telah tiba ditempat itu untuk membantu kaean-kawannya. Setelah mereka mengethui bahawa aku hanya seorang diri, mereka pun bersatu dan membuat satu kumpulan yang besar lalu mengejar ku. Ini menyebabkan aku terpaksa berlari ke atas sebuah bukit, semantara mereka hendak menghampiri aku, aku berteriak kepada ku. Berhenti, dengarlah kata-kata ku ini terlebih dahulu. Adakah kamu tahu siapakah aku? Aku ialah Ibnul Aqwa dengan nama Allah menganugerahkan kemuliaan kepada Muhammad, tiada seorang pun di antara kamu yang dapat menangkap ku. Sebaliknya jika aku mengajar salah seorang daripada kamu, pasti tidak akan terlepas ia. Aku terus berbelah dengan tujuan untuk meleka kan mereka kerana aku berfikir bahawa bantuan daru Madinah akan sampai. Oleh itu sambil berbalah mata ku sentiasa mencuri-curi pandang melalui celah-celah pokok dengan perasaan khawatir sehingga akhirnya aku terlihat sekumpulan yang di ketuai oleh Aqram As-Sadi tiba. Sesampainya Aqram lalu berhadapan dengan pengganas itu, beliau juga telah menyerang Abdurahman dan memotong salah satu dari kaki kuda tunggangnya.
Ini menyebabkan Abdurahman jatuh ke bumi walaupun ia jatuh, Abdurahman terus menyerang Aqram dan berjaya membunuh Aqram. Setelah itu Abu Qotadah segera meluru dan bertarung dengan Aburahman. Akhirnya beliau berjaya menghapuskan ketua pengganas itu dan kuda nya sendiri turut terkorban. Diriwayatka dalam sebuah buku sejarah bagawa apabila Aqram hendak menyerang Aburahman, Salmah menasehatinya supaya bersabar dan menanti semua orang-orang supaya bergabung dan menyerang bersama-sama. Tetapi kata-kata Salmah itu tidak dapat melunturkan tekad yang sudah bulat. Kata Arqam, aku sangat ingin mati syahid di jalan Allah SWT. Dalam pertempuran ini Aqram seorang sahaja yang gugur dari pihak islam. Sedangkan sebilangan besar dari pengganas-pengganas itu telah terbunuh..Kemudian apabila datang lagi bantuan kepada orang-orang islam, para pengganas itu tidak dapat lagi meneruskan perjuangan mereka lalu melarikan diri.
Salmah R.A memohon kebenaran Nabi SAW untuk mengejar mereka dengan berkata, ‘Ya Rasulallah berikannya kepada aku 100 orang lelaki untuk mengejar para pengganas itu agar aku dapat mengejar mereka.
Nabi SAW menjawab, ‘Tidak usah kerana mungkin ketika ini mereka telah sampai ke pangkalan mereka. Kebanyakkanya dari ahli-ahli sejarah berkata bahawa peristewa itu, Salmah R.A baru berusia 12 atau 13 tahun sahaja. Cobalah kita bayangkan betapa seorang budak masih begitu mentah dapat mengejar para pengganas yang ramai seorang diri sahaja. Beliau telah berjaya memperolehi kemvali semua barang rampasan itu dan disamping itu sebahgian besar dari barang-barang milik pengganas tersebut di perolehinya. Segala kejayaan yang di capai itu adalah berpunca dari sifat keikhlasan dan keimanan yang tulin yang mana telah menyebulungi hati dan jiwa mereka dengan kehendak Allah SWT.

 
Leave a comment

Posted by on June 29, 2011 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: