RSS

Tag Archives: Malikat Izrail

SAYANGNYA MALAIKAT MAUT PADA NABI IDRIS A.S

Assalamu’alaikum warahmatullahi Wabarakatuh,

Bissmillahir Rahmanir Rahim..

Seperti biasanya mengkongsikan kisah2 teladan untuk menjadi renungan,pengajaran dan iktibar kepada kita semua, ya mudah-mudahan perjalanan hidup kita akan sentiasa terarah menuju kebaikkan, amin yaa rabbal’alamin..

Di kisahkan bahawa Nabi Idris A.S. di angkat di syurga kerana setiap hari dia membuat amal dan terima sebanyak amal penduduk di bumi, melihat akan hal Nabi Idris a.s itu. Maka pada suatu hari,Malaikat Izrail meminta izin kepada Allah SWT untuk turun ke bumi untuk berjumpa dengan Nabi Idris A.S. lalu Allah memperkenankan permintaannya tersebut. Maka Malaikat Izrail pun turun ke bumi dalam rupa manusia biasa dan memberi salam pada Nabi Idris a.s duduk disampingnya. Nabi Idris berpuasa sepanjang masa,apabila tiba waktu berbuka,akan datanglah Malaikat membawa makanan dari syurga dan Nabi Idris berbuka puasa sambil mempersilakan tetamunya makan tetapi tetamunya itu tetap mendiamkan diri.

Nabi Idris pun meneruskan ibadahnya sambil diperhatikan oleh Malikat Izrail sehingga terbit fajar dan terbit matahari. Melihat akan hal orang yang duduk di sebelahnya itu, Nabi Idris pun bertanya..hai lelaki, mahukah kamu berjalan-jalan dengan ku supaya kita berasa senamg lalu Malaikat Izrail menjawab, ya aku mau setelah Nabi Idris mendapat persetujuan dari Malaikat Izrail. Mereka berdua pun berjalan2 dan apabila sampai pada sebuah ladangnya yang sangat subur tenamannya. Malaikat Izrail berkata..bolehkah kamu izinkan aky mengambil mu buah-buahan itu? Maka berkata Nabi Idris,maha suci Allah, semalam engkau tidak mahu makan benda-benda yang halal,tetapi di kau hendak memakannya benda-benda yang haram.
Mendengar kata Nabi Idris itu Malaikat Izrail pun terdiam,setelah itu berjalan mereka berdua selama  empat hari. Dalam tempoh empat hari itu, Nabi Idris dapat merasakan perbezaan antra tetamunya itu dengan manusia biasa,maka untuk menghilangkan rasa syak nya itu, Nabi Idrus pun bertanya dalam tempoh hari,aku dapati kamu at berbeza sekali daripada manusia biasa yang lain..

 

Oleh itu, aku harap mendapatlah kamu memberitahu aku, siapakah sebenarnya diri kamu ini? Maka Malaikat Izrail pun menjawab, sebenarnya aky adalah pencabut nyawa bernama Izrail, Nabi Idris bertanya lagi, kamu bersama ku sudah empat hari lalu bagaimanakah kamu mencabut roh dari semua makhluk? Malaikat Izrail berkata, memang kerjaku mencabut semua roh, dan sesungguhnya mencabut rohnya bagiku adalah sepertu hidangan makanan yang ku hadapi.
Kemudian Nabi Idris bertanya lagi, Wahai Malaikat Izrail adakah kamu datang ini sekadar hendak menziarahi aky ato hendak mencabut roh ku? Jwb Malaikat Izrail, aku datang untuk menziarahi mu dan aky telah mendapatkan ke izinan dari Allah SWT. Setelah mendangar penjelasan Malaikat Izrail itu, Nabi Idris pun berkata lagi, Wahai Malaikat Izrail,aku mrmpunyai hajat, Malaikat Izrail bertanya lagi: Katakanlah,apakah hajat mu itu? Ujar Nabi Idris,hajat ku pada mu ialah kamu hendaklah mencabut roh ku. Kemudian Allah akan menghidupkan aku supays aku boleh kembali melakukanan ibadah kepadanya.sesudah aku merasa’i kesakitan mati.. Maka Malaikat Izrail pun berkata..
Sebenarnya aku tidak mempunyai kuasa untuk mencabut nyawa sesorang kecuali dengan izin Allah SWT,

atas permintaan Nabi Idris itu Allah SWT pun mewahyukan kepada Izrail, Hai Izrail cabutlah nyawa Idris itu,maka Malaikat Izrail pun mencabut roh nabi Idris,kematiannya di tangsi oleh Malaikat Izrail,lalu Malaikat Izrail memohon kepadanya Allah SWT supaya menghiduplan semula Nabi Idris. setelah Nabi Idris hidup semula malaikat Izrail .

Lalu Malaikat Izrail memohon kepada Allah SWT supaya menghidupkan kembali Nabi Idris yang menjadi teman baiknya itu, Allah pun perkenankan do’a Izrail, Lalu dia menghidupkan semula Nabi Idris. Setelah Nabi Idris hidup semula, Malaikat Izrail puj bertanya, ‘Wahai Idris, bagaimana kah rasanys msti itu?’ Jawab Nani Idris, rasanya seperti mengupas kulit binatang yang hidup, rasa sakitnya adalah seribu kali ganda. Nabu Izrail pun berkata, aku mencabut roh mu dengan cara yang paling lembut sekali dan tidak pernah aky mencabut roh selambut ini. Nabi Idris menyambung lagi katanya, wahai Izrail aku mempunyai hajat lagi, aku teramat ingin melihat neraka jahanam supaya dapatlah aku menyembah Allah dengan lebih giat lagi setelah aku melihatnya..
Jawab Izrail, aku tidak dapat membawa kamu pergi tanpa izin dari Allah, kemudian Allah SWT mewahyukan pada Izrail nya bawalah oleh kamu dan tunjukkan kepada Idris akan neraka jahanam itu. Lalu Malaikat Izrail pun membawa Nabi Idris melihat neraka jahanam itu..

Maka dapatlah Nabi Idris melihat    suasana yang mengerikan di neraka tersebut. Setelah keduanya kembali, dari melihat neraka jahanam itu, maka berkatalah Nabi Idris akan hajat nya lagi. Wahai Izrail, aku sangat berhajat untuk melihat syurga yang Allah ciptakan untuk hambanya yang ta’at kepada-Nya, maka Izrail pun berkata, aku tidak dapat membawa kamu ke syurga tanpa mendapat izin dari Allah SWT. Kemudian Allah SWT mewahyukan kepada Izrail. Wahai Izrail bawalah Idris melihat syurga, aku memberi izin kepada mu. Setelah sampai di pintu syurga, maka nampaklah oleh Nabi Idris akan kecantikan syurga yang tidak ada tolok bandingnya. Melihat hal yang demekian, Nabi Idris pun berkata, ‘Wahai Malaikat Izrail, aku telah merasakan sakirnya mati, aku juga telah melihat neraka akan tersiksa di dalamnys oleh itu aku harap kamu mohon lah pada Allah agar aku mendapat duduk di dalam syurga agar aku dapat minum air nya supaya hilang rasa sakit mati dari ku dan minta hindarkan lah aku dari api neraks jahanam.

Kemudian Izrail pun memohon kepada Allah SWT, tentang maksud Nabi Idris itu, Allah SWT lalu memberi izin kepadnya untuk masuk dan keluar dari syurga. Setelah mendapat izin, Nabi Idris pun masuk dalam syurga dan meletakkan kasutnya d bawah sebatang pohon syurga, Nabi Idris kemudiannya keluar dari dyurga sambil berkata, Wahai Malaikat Izrail, aku tertinggal kasutku di dalam, oleh itu kembalikkan lah aku masuk ke dalam, Nabi Idris pun segra masuk kembali ke dalam syurga.
Tetapi setelah di tunggu beberapa lama, baginda masuh tidak keluar lagi, maka risaulah Malaikat Izrail lalu berkata, ‘Wahai Nabi Idris keluarlah kamu dari syurga’ jawab Nabi Idris, aku tidak mau keluar daru syurga ini sebab Allah SWT telah berfirman: Dan tiap2 apa yang bernyawa itu mesti mati dan sesungguhnya aku telah mati.

Allah SWT telah berfirman: Dan tidak lah diantara kamu kecuali dia memasukinya dan aku juga telah masuk neraka dan ujarnya lagi dan Allah SWT berfirman: Dan tidaklah mereka itu di keluarkan dari ku pada nya maka siapakah yang mengeluarkan aku daripadanya..
Akhirnya Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Izrail, Hai Izrail biarkan Idris itu, sesungguhnys aku telah memutuskan di zaman Azali bahawa sesungguhnya Idris itu adalah termasuk dalam ahli syurga.
Demekianlah di kongsikan kisah mengenai dengan sayangnya Malaikat Maut pada Nabi Idris dalam kisah teladan sejarah islam..

 

 
Leave a comment

Posted by on January 26, 2011 in Kisah Nabi Idris a.s

 

Tags: , , ,